Salam Jumaat Paklong ucapkan kepada semua. Paklong harap para kaum Adam yang berkemampuan dan tidak mempunyai keuzuran berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Bukannya setiap hari kita kena bersolat Jumaat ini. Seminggu hanya sekali sahaja. Paklong rasa tidak membebankan kita semua. Di samping dapat mendengar khutbah kita juga boleh menambah dan mengeratkan silaturrahim antara sesama kita.
Semasa bersalaman sesama jemaah contohnya. Tak ada salahnya bersalaman dan mengukirkan senyuman dengan orang yang bersembahyang di sebelah mahupun berhampiran dengan kita selepas usai sembayang Jumaat. Bersalam dengan adab yang betul. Jangan jadikan satu budaya, selepas sahaja pak imam memberikan salam kita terus sahaja beredar. Paklong faham kita semua masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan masing-masing tapi apalah salahnya dalam waktu beberapa saat itu kita cuba mengeratkan persaudaraan sesama kita. Hanya dengan bersalaman dan mengukirkan senyuman sahaja.
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a
keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika
baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang
suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka
mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi
orang yang lalai? - (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment