Thursday, May 23, 2013

Petua Merawat Kaki Cekam

Masalah cekam atau kaki cagu ni memang banyak orang yang mengalaminya. Paklong sendiri pun pernah mengalami masalah kaki cekam ni. Lebih kurang dekat dua tahun juga Paklong kena. Macam-macam ubat dan minyak angin yang Paklong sapu. Orang kata sebab Paklong potong kuku cara tak betul. Paklong pun potong la kuku kaki ikut yang orang petua tu. Tapi mungkin sebab cekam Paklong dah teruk sangat jadinya tak juga lega dan sembung. Dari hanya bahagian sebelah kanan kuku kaki kanan Paklong sahaja yang jadi terus bahagian kiri pun turut sama meraikan cekam ni.

Nak pakai kasut nak pergi mana-mana pun susah. Kalau berjalan pun kena berhati-hati sebab takut tersepak apa-apa. Boleh keluar air mata kalau tersepak apa-apa atau pun dengan tak sengajanya orang terpijak kaki Paklong ni. Pilihan yang terakhir bila Paklong pergi jumpa doktor di klinik yang berdekatan dengan rumah Paklong ni adalah dengan memotong kuku kaki Paklong. Paklong rasa ngeri pun ada juga bila doktor tu cakap macam tu. Doktor tu suruh Paklong datang balik untuk buat prosedur tersebut dan sampai ke sudah Paklong tak pergi balik.




Bila kaki kuku Paklong macam ni, ada seorang sahabat Paklong yang bagi satu petua untuk mengubati masalah kaki cekam ni. Dia pun kasihan tengok Paklong berjalan pun terjengket-jengket sebab sakit. Bila Paklong dengar petua yang sahabat Paklong tu bagi rasa macam tak yakin pun ada sebab petuanya sangat mudah. Ini petua yang sahabat Paklong tu bagi:

Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Bukan di bahagian bontotnya. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang,  jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh. Inshallah.


Kuku Paklong dahulu. Sekarang Alhamdulillah dah ok tanpa perlu menjalani apa-apa prosedur surgeri. Hanya amalkan petua yang Paklong bagitahu di atas. Selamat mencuba.

7 comments:

  1. Berape lame ambik mase pakai kaedah nie Paklong???

    Saya pun kena juga kuku cekam , dah cuba pelbagai ubat tak jugak sembuh.
    -_-

    ReplyDelete
  2. Inshallah. Kena selalu amalkan petua ni. Dalam masa sebulan macam tu dah boleh nampak kesannya.

    ReplyDelete
  3. saya pun nk kongsi,mungkin org kata gila punya petua,tp boleh cuba klu berani n tak takut sakit,pedih sekejap,.titik lilin ditempat terkena cagu...aduh..memg sakit, tp mujarab, inshaallah...

    ReplyDelete
  4. sebulan.. lamanya pak long

    ReplyDelete
  5. titis kuah ikan singgang yang blum ditambah ajinamoto & garam....mmg mujarab....bbrapa hari dah ok...

    ReplyDelete
  6. iya Asyikkk ini ..
    tipsnya bisa di cobain niiii ...kalau tips cara pilih kaos kaki muslimah untuk fashion he he he he ....
    Mohon penjelasannya

    ReplyDelete
  7. thanks ya, isi artikelnya keren.
    bisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
    oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki wanita berkualitas dan banyak pilihannya..
    Trims :)

    ReplyDelete