Friday, April 4, 2014

Homestay di Perlis - Inapan Desa Rumbia

Bagi anda yang berkunjung ke negeri Perlis dan mencari tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan boleh mencuba homestay Inapan Desa Rumbia. Terletak kira-kira 8 kilometer daripada bandar Kangar dan juga Bandar Diraja Arau, Inapan Desa Rumbia adalah sebuah  homestay yang beralamat di Batu 1 1/4 Kampung Simpang Geti, Jalan Mata Ayer, Perlis. Terletak di kawasan perkampungan. Homestay dengan bilik setaraf hotel ini diwujudkan untuk memberikan kemudahan penginapan kepada pengunjung-pengunjung yang berkunjung khusnya ke negeri Perlis Indera Kayangan dengan harga yang berpatutan. Ianya turut dilengkapi  dengan kemudahan yang lengkap dan selesa. Pakej yang ditawarkan adalah RM95/sehari berupa bilik suite yang dilengkapi dengan katil bersaiz king, bilik mandi yang dilengkapi dengan water-heater dan water pump, televisyen LCD dan pelbagai lagi.



Untuk mengetahui lebih lanjut atau pun membuat tempahan penginapan di homestay Inapan Desa Rumbia ini bolehlah ke sini. Tempahan bilik adalah dibuka sepanjang tahun.

No comments:

Post a Comment