Kebetulan hari semasa membelek-belek surat khabar Paklong terdapat satu halaman tentang fairy garden. memang menarik konsep fairy garden ini. Paklong rasa ianya adalah satu konsep yang boleh kita usahakan untuk diletakan dalam susunan mini garden kita. Apa yang penting adalah kreativi kita masing-masing. Paklong rasa cantik sekiranya kita mempunyai satu bekas kecil yang kita hiaskan dan dekorasikan seperti sebuah fairy garden.
Setiap orang walaupun mungkin sudah berusia masih mempunyai imaginasi seperti kita di zaman kanak-kanak dahulu. Tidak salah sekiranya imaginasi tersebut kita salurkan melalu dekorasi taman mini seperti ini. Apatah lagi jika kita melakukannya secara berjemaah dengan anak-beranak kita.
No comments:
Post a Comment