Thursday, November 6, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Fenomena jeruk mangga asam boi ni bukan kata kakak-kakak dan makcik-makcik sahaja yang terjebak. Sekali dengan Paklong pun sama. Habis di lama-laman sosial orang sibuk bercakap pasal jeruk asam boi ni. Bila ternampak satu gambar jeruk asam boi yang di post di facebook terus Paklong rasa teringin nak cuba buat. Sebab tengok gayanya tak ada la susah sangat. Mungkin bab nak mencari mangga tu yang kebanyakan orang rasa leceh. Tetapi bagi Paklong tak ada masalah apa sebab kebetulan di supermarket berdekatan dengan pejabat Paklong ni ada menjual pelbagai jenis mangga.

Dua hari lepas, habis sahaja kerja Paklong terus singgah di supermarket dan terus beli dalam 4 biji mangga muda jenis lemak. Adalah dalam sekilo lebih macam tu. Tak lupa juga sekotak asam boi. Balik rumah selepas selesaikan apa yang patut dulu barulah Paklong mulakan projek jeruk mangga asam boi ni.

Inilah hasilnya yang tak seberapa. Dua kali hadap dah habis. Selain daripada buah mangga Paklong ada campurkan sekali dengan beberapa biji epal hijau. Sedap juga rasanya. Bak kata kawan Paklong, "Ubat detox ni.."

Jeruk Mangga & Epal Asam Boi

No comments:

Post a Comment