Monday, November 10, 2014

Lagi Kegunaan Cili Kering

Sebelum ini Paklong pernah berkongsi satu tip berkenaan dengan kegunaan Cili Kering selain daripada bahan dalam masakan. Selain daripada digunakan sebagai salah satu bahan untuk mengubati masalah kaki cekam bahan ini juga boleh digunakan sebagai penghalau kutu beras yang kadang-kala terdapat atau tiba-tiba berkoloni di dalam bekas simpanan beras. 

Kalau nak kutip dan buang satu persatu itu boleh memakan masa. Paklong pernah mempraktikkan cara ini dan ternyata ianya berhasil. Sekejap sahaja dan tak perlu hendak tunggu lama. Caranya Paklong ambil beberapa keping cili kering dan letakkan dalam bekas beras yang ada kutu beras. 

Bekas beras tersebut Paklong biarkan supaya terbuka dan terdedah untuk membolehkan kutu-kutu tersebut keluar. Kalau boleh semasa melakukan ini elakkan daripada meletakkan bekas beras tersebut di kawasan dalam rumah kita. Seelok-eloknya kita biarkannya atau pun jemurkannya sekejap di luar rumah. 

Tak adalah nanti kutu-kutu beras berselerakan dalam ruang rumah atau dapur kita kalau kita letakkan bekas beras itu diluar. Paklong tengok beberapa minit sahaja bila Paklong mencampur gaulkan cili-cili kering tersebut dengan beras bertempiaran lari kutu-kutu tersebut. Boleh nampak satu persatu timbul daripada permukaan longgokan beras. Selesai satu masalah.

No comments:

Post a Comment