Tuesday, November 11, 2014

Hilangkan Sakit Dan Sengal Badan


Selain daripada mengurut badan untuk membetulkan urat dan saraf akibat sakit-sakit dan sengal badan ada lagi beberapa ikhtiar yang lain. Yang Paklong rasa tidaklah membebankan dan sukar untuk dilakukan. Sebelum ni badan Paklong kadang kala ada terasa sakit-sakit dan sengal. Rasa tak sedap badan orang kata. Badan rasa berat. Lama juga Paklong rasa macam tu. Nak buat kerja pun rasa lemau. 

Kemudiannya Paklong terjumpa beberapa maklumat kesihatan di Internet yang syorkan pengambilan jus celeri. Pengambilan jus celeri ini dikatakan elok untuk melancarkan perjalanan darah dan sebagainya selain berfungsi sebagai agen detox. Selepas itu Paklong pun mencubalah tip ni untuk beberapa hari dan alhamdulillah ada kesannya. Badan Paklong rasa lebih segar dan ringan. 

Tak susah sangat untuk mengamalkan tip ini dan kosnya pun tak berapa tinggi. Bahan yang diperlukan hanya beberapa batang celeri yang kemudiannya dikisar sehingga menjadi jus. Paklong amalkan minum pada waktu malam. Kadang kala Paklong campurkan sekali dengan buah epal hijau atau pun buah lemon. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Tak ada la tak sedap sangat jus celeri ni. Orang kata belum cuba belum tau. Kalau sekali cuba tak sedap dengan tekak mungkin boleh cuba sekali lagi. Lama-lama mungkin tekak anda akan ok. Inshallah boleh hilangkan rasa tak sedap badan kita secara beransur-ansur.

No comments:

Post a Comment