Salah satu ulam-ulaman yang sudah lama Paklong tak makan adalah pucuk betik. Sememangnya rasanya adalah agak pahit tetapi ianya merupakan ulaman yang sesuai untuk diambil oleh penghidap penyakit kencing manis. Paklong diperkenalkan oleh pucuk ini yang dijadikan sebagai ulam oleh arwah wan Paklong yang sememangnya penghidap penyakit kencing manis.
Pada mulanya semasa mencuba untuk makan memang Paklong tak berapa gemarkannya sebab rasanya yang terlalu pahit. Tetapi lama-kelamaan rasa yang pahit itu menjadi biasa. Rasa sedap pula. Selalunya kami hanya merebus pucuk betik ini dan kemudiaanya dicicah dengan air asam atau pun sambal belacan. Memang sangat menyelerakan apatah lagi dengan sepinggan nasi yang masih panas.
Pucuk betik di belakang rumah emak Paklong. Rasanya mungkin dan menjadi buah pucuk ini. Gambar lama yang Paklong ambil sebelum ini.
No comments:
Post a Comment