Tuesday, January 28, 2014

Mini Home Garden - Pokok Pudina


Pokok pudina yang ditanam di dalam bekas. Pokok pudina ini Paklong dapat daripada pemberian kawan Paklong semalam. Kalau rasa nak minum mint tea boleh sahaja petik daripada bekas ini dah campurkan dengan teh. Cara ini adalah lebih praktikal. Sebelum ini biasanya Paklong akan membeli daun pudina di pasaraya sahaja. Tetapi selalunya juga tak habis digunakan oleh Paklong. Banyak yang dibuang atau pun terperap dalam peti sejuk berbanding yang Paklong gunakan dalam makanan atau pun minuman.
Disamping itu juga ianya boleh dijadikan hiasan di kawasan kediaman kita atau pun mana-mana bahagian rumah. Sejuk mata memandang. Bau daun pudina juga menyegarkan. Lagi pun tak susah untuk menanam atau pun menjaga tumbuhan herba ini. Paklong pun sekarang baru berjinak-jinak dengan home gardening yang mana Paklong fokuskan kepada tumbuhan herba yang senang untuk Paklong jaga. dan kemudiannya boleh digunakan sebagai bahan makanan. Sedikit sebanyak boleh menjimatkan perbelanjaan.


No comments:

Post a Comment