Masakan dapur berasap Paklong adalah Ayam Masak Asam. Diambil daripada resepi mak Paklong. Mak Paklong memang suka memasak hidangan yang berasaskan masakan asam. Lebih kurang sama sahaja caranya untuk memasak Ayam Kicap. Cuma untuk masakan ini ditambah dengan campuran air perahan asam jawa secukup rasa untuk membangkitkan rasa masamnya.
Selain daripada ayam bahan mentah lain yang boleh digunakan untuk memasak masakan asam ini adalah daging, sotong dan juga udang. Ikut kesesuaian selera masing-masing. Masa untuk menyediakan hidangan ini pun tak berapa lama. Cuma proses menggoreng ayam mungkin mengambil masa sedikit memandangkan untuk menggoreng ayam ini Paklong menggunakan api yang kecil untuk mengelakkan ayam hanya masak dibahagian luaran sahaja.
Sekali-sekala memasak untuk isteri Paklong. Apresiasi pada isteri melalui masakan.
No comments:
Post a Comment