Wednesday, January 6, 2016

Gulai Ikan Temenung Mak Teh


Kedai makan Mak Teh ini terletak di Kuala Sanglang, Kedah berdekatan dengan pelantar ikan. Tarikan utama kedai makan ini adalah masakan gulai temenung/kembung dan juga beberapa jenis ikan yang lain yang dihidangkan secara panas ditambah dengan ikan yang digunakan adalah ikan segar yang baharu didaratkan di pelantar ikan.

Selain gulai ikan temenung yang menjadi tarikan utama Kedai Mak Teh ini pelanggan juga boleh memesan makanan laut yang lain seperti udang dan sotong bergantung kepada stok bahan mentah yang ada. Harga makanan di Kedai Mak Teh ini adalah sangat berpatutan. Servis juga cepat yang mana semasa Paklong datang makan tidak perlu menunggu lama.

Sekiranya ingin berkunjung ke Kedai Mak Teh ini anda disarankan datang awal sebelum waktu kemuncak memandangkan Kedai Mak Teh ini hanyalah sebuah kedai kecil sahaja yang hanya boleh memuatkan dan menampung jumlah pelanggan yang tidak begitu besar dalam sesuatu masa.


2 comments: